The Owner Chatbox No Harsh words allowed here. Req tutobies or ex link/banner. Let`s talk with owner Posted
Archive
Big Clap My Wishlist
| Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa
Hati sedang kecewa dan terluka? Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?
Didalam
dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi
menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini. Merasa lemah dan
tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap
waktu.
Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.
Namun
bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah
jodoh. Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain. Boleh jadi
akibat terluka dengan tindakan ibu bapa. Malah, mungkin juga berkecil
hati dengan sikap anak – anak kita.
Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.
Menenangkan hati Kecewa
Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah. kita berpura – pura kuat. Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita. Sampai bila kita harus berpura – pura?
Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan. Ada perasaan lemah & duka.
Mungkin
disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan
kecewa. Hati anda merasa tidak tenang. Mungkin sahaja anda terjumpa
artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak
sengaja.
Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan
dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah. Insyaallah, saya juga
hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua
yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga.
1. Membaca Surah Yassin
Mungkin
selama ini kita kurang membaca Al – Quran atau jarang sangat membuka
kitab suci ini. Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu
dan merasa tidak tenang. Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan
amalan ini.
Semasa
saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca
surah Yassin setiap kali selesai solat. Alhamdulillah, setiap kali usai
membaca Yassin, saya akan merasa tenang.
Memang
surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati. Setelah itu,
boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain.
Sangatt menenangkan hati
Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..
2. Solat Sunat Tahajjud
Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Pada
rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun &
Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas. Solat
Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan
kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.
Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.
Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja. Adukan masalah kita direct kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.
** tips supaya mudah nak bangun **
3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir
- Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.
4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kecewa – Kekecewaan
Ini
penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang,
sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak. Elakkan
mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.
KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan? Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)
5. Sentiasalah mengingati Allah
Ini yang paling penting sekali. Sentiasa mengingati Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.
Apa
yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa
yang terbaik bagi kita. Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang
Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)
Penutup :
Itu
adalah beberapa tips yang ingin saya kongsikan bersama anda. Ini adalah
pengalaman saya dalam menangani rasa tidak tenteram dan bangkit dari
kesedihan. Apakah anda pernah berjaya mengatasi rasa sedih dan tak
tenang?
Marilah berkongsi dengan kami cara anda pada ruangan komen dibawah.
|